该小工具中存在错误

2011年10月28日星期五

Projek Peningkatan Pencapaian Sains Dan Matematik (PPPS+M) Sekolah-Sekol...

Dasar Sains dan Teknologi Negara


Latarbelakang 
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."
 
Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor Perindustrian
Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:
(i)  Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii)  Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii)  Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan
(iv)  Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.
Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S&T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan jentera dan dasar S&T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S&T yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S&T seperti dalam pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan S&T dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti berikut:
(i)  Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan
iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya,   mencipta dan memperdagangkan teknologi moden;

(ii)  Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat
keengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi yang dibekalkan adalah rendah;

(iii)  Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) perindustrian sebagai sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;

(iv)  Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan
dan penggunaannya;

(v)  Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibat
dengan P&P, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang berkesan untuk menyelaraskan dasar S&T, memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P&P, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan

(vi)  Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankan
aktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan S&T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrian
Dasar Sains dan Teknologi
Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan Keutamaan
Untuk mencapai matlamat dasar S&T yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S&T kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan S&T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di  negara-negara maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S&T adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S&T negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i)  Pembangunan keupayaan sumber-sumber S&T negara ini seperti 
tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability); dan

(ii)  Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam 
memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i)  Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
S&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

(ii)  Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar 
  Lain

Dasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii)  Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
Perkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

(iv)  Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran S&T supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-negara maju.

(v)  Maklumat S & T
Satu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi)  Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
  Keutamaan akan diberikan kepada 

(a)  Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga   bidang kesihatan.

(b)  Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.

(c)  Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha
P&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S&T awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.

(vii)  Tenaga Manusia
  Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii)  Peranan Sektor Swasta
Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix)  Pemindahan Teknologi
Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x)  Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi)  Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains
  Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain bidang S&T juga akan ditubuhkan.

(xii)  Pelan Tindakan
  Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.
Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RM5 dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.
Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S&T ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.


Article ini diambil dari 
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/247-dasar-sains-dan-teknologi-negara.html

templatemo 316 blue marble, Free Templates

templatemo 316 blue marble, Free Templates

List of animal sounds


Did You Know?: Scientists discover a way to read your mind.

Did You Know?: Scientists discover a way to read your mind.

Did You Know?: Add Did You Know Headlines to Your Site

Did You Know?: Add Did You Know Headlines to Your Site

2011年10月15日星期六

My Baby Slideshow Slideshow

My Baby Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ My Baby Slideshow Slideshow ★ to Ampang. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

2011年10月11日星期二

KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 [PANDUAN KERJA KURSUS]

ARAHAN



1.         Kursus KPD 3026 ini mengandungi 1 (satu) tugasan sahaja.
2.         Tugasan ini mengandungi 2 (Dua) Pecahan iaitu Pecahan A dan Pecahan B. Jawab kedua-dua pecahan ini.
3.         Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan hard-copy kepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing..


KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN
ARAHAN
MARKAH
TARIKH

PECAHAN A :
KERJA KURSUS

1.      Tugasan ini  perlu dibuat secara individu.
2.      Perkara yang mesti ada dalam kerja kursus  ini  terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu:

Bahagian I

MIKROPENGAJARAN
·      Mikropengajaran adalah untuk:
ü       mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran;
ü       mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki;
ü       meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan;
ü       menerima maklum balas yang berkesan.

·      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

·      Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

1.       Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya?
2.       Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh membina dari kekuatan itu?
3.       Apakah yang saya perlu menambahbaikan






    Bahagian II

MAKROPENGAJARAN

·      Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30 minit sesi makropengajaran.  Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masing-masing, rakaman video mesti dibuat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN              

·      Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut.

·      Dalam Rancangan Pengajaran Harian:
ü menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu.
ü menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.
Menyatakan:
o    apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan;
o    apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh  pendekatan pembelajaran itu;
o    pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

ü menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka:
1.       Adakah objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
2.       Adakah murid saya melibatkan diri secara  produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu?
3.       Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
4.       Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
5.       Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?






Bahagian III

i.  Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru.

a.      Mengenalpasti masalah yang akan dikaji

b.      Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan dikaji

c.      Tinjauan awal masalah

d.      Melaksanakan tindakan

e.      Mengumpul data dan analisis data hasil tindakan yang dilaksanakan

f.        Menulis refleksi dan menyiapkam laporan kajian.

Jumlah markah










  10 markah





















10 markah

















 20 markah





10 markah
























10 markah






















20 markah



















80 markah


































































































(Minggu 1)


(Minggu ke 3)

(Minggu ke 5)
(Minggu ke 7)
(Minggu ke 9)
(Minggu ke 11)




FORUM


5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru:

1.   Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.


2.   Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran  yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan. Huraikan.


3.   Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang  menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri? 


4.   Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan  guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme?  Bincangkan.


5.   Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.





4 markah





4 markah



4 markah




4 markah




4 markah





(Minggu Ke-3)







(Minggu Ke-5)




(Minggu Ke-7)





(Minggu-Ke-9)






(Minggu -11)

JUMLAH
100


Sila ikut arahan Tutor E-Learning anda.

FORMAT PENULISAN
1.        Pecahan A
Bahagian I : Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran

      Bahagian II : Rakaman Makrropengajaran (CD), RPH & Refleksi –
                           pembelajaran.

      Bahagian III : Laporan kajian Tindakan

a.            Panjang esei: 10 muka surat (Minimum)
b.            Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line
c.            Ada rujukan (minimum 5 rujukan) yang ditulis mengikut format yang betul.

2.        Pecahan B
Forum E-Learning:
Jawapan yang sama dengan yang di masukkan  ke dalam forum MyGuru.

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN

1.        Kerja Kursus
i.              Kerja kursus mestilah lengkap dan mesti mengandungi 3 komponen di dalamnya:
(a)   Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran.
(b)   Rakaman Makropengajaran (CD), RPH dan Refleksi pembelajaran
(c)   Laporan Kajian Tindakan.

ii.            Kerja kursus yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:
(a)   Muka hadapan (Gunakan format seperti di Lampiran 1)
(b)   Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam lampiran 2)
(c)   Refleksi pembelajaran untuk Mikropengajaran
(d)   Refleksi pembelajaran untuk Makropengajaran
(e)   Laporan Kajian Tindakan
(f) Himpunan forum untuk 5 soalan perbincangan.
(g)   Senarai rujukan/bibliografi
(h)   Lampiran (CD mengandungi rakaman mikropengajaran dan makropengajaran)

iii.          Kerja kursus (Refleksi I & II dan Laporan Kajian Tindakan) mestilah dimuat naik (upload) ke dalam tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru2. CD rakaman perlu dihantar melalui youtube/google atau emel mengikut arahan tutor kumpulan masing-masing.

iv.           Tarikh akhir penghantaran ialah pada minggu ke 11. Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan.

v.             Sebagai backup tugasan boleh dihantar kepada Tutor E-Learning melalui pos dalam bentuk hard copy & soft copy.


2.        Forum
3.         
i.              Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line bersama tutor dan sesama pelajar yang lainnya.

ii.         Pelajar diminta menjawab semua soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum 100 patah perkataan bagi setiap satunya. (2 markah diperuntukkan bagi jawapan ini)

iii.        Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

d.            Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam E-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada soalan dan 20 kali interaksi secara on-line untuk mendapatkan markah penuh (20 markah).

e.            Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam kerja kursus dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (kerja kursus dan CD) kepada Tutor E-Learning masing-masing sebagai back-up.


4.     PERINGATAN!!!!!!!
i.              Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
ii.            Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
iii.          Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.
iv.          Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.
v.            Berhubung dengan tutor E-Learning anda.
vi.          Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
vii.        Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.
viii.      Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
ix.          Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.



5.        SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
A
Menepati format penulisan refleksi dan laporan kajian tindakan, isi mencukupi,  isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
A-
Menepati format, isi mencukupi,  isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
B+
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.
B
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).
B-
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).
C+
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).
C
Kesalahan format  tidak melebihi 4 perkara.  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.
D
Kesalahan format  melebihi 5 perkara.  isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.
E
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS